Skip to content

Kemenangan Pertama

Tentera akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah berjaya menang tipis ke atas Kelantan di Kota Bharu pada selasa.

Beraksi dalam keadaan hujan, padang yang licin dan pemain yang terbatas, ATM sudah mula mengasak seawal permainan dengan cubaan-cubaan untuk menjaringkan gol diusahakan.

Sungguhpun begitu, kebanyakkan gerakan-gerakan ATM tidak berjaya melepasi kawalan pertahanan Kelantan dengan kelibat bola hanya berlegar di tengah padang meskipun penguasaan bola berpihak kepada ATM.

Aksi yang perlahan dan sedikit hambar merencatkan permainan ATM. Pada pertengahan babak pertama bermula penguasaan kelantan dengan mula melancarkan serangan ke gawang ATM tatkala ATM masih lagi cuba mengatasi pertahanan kelantan yang dilihat sukar untuk melakukan kesilapan.

Seringkali kita lihat bagaimana bahagian tengah ATM seakan-akan mati, tiada hantaran bola yang baik kepada penyerang bahkan corak permainan ATM juga mudah dibaca dan boleh dipatahkan lawan.

Berpunca dari sedikit cuai di bahagian tengah, bola berjaya dilorongkan kepada Forkey Doe untuk membolehkan kelantan mendahului 1-0 menuju rehat.

Bersambung babak kedua, Thinagaran dikeluarkan dan Venice dibawa masuk untuk memberi nafas baru di bahagian tengah. Meskipun kelibat Rezal Zambry sedikit tenggelam namun Sathia tetap memerlukan khidmat seorang defensive midfielder untuk “holding” bola tatkala diserang mahupun menyerang.

Sathia juga tidak lagi berani untuk mencuba memecahkan pertahanan kepada 4 seperti yang dilakukan pada pertemuan di Shah Alam yang nyata merupakan satu malapetaka kepada ATM.

Ternyata gandingan 5 orang di pertahanan berjaya mengekang pergerakan Kelantan sekurang-kurangnya meskipun kemudian Norfadzly Alias dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan Safwan Hashim, tetapi gandingan 5 orang tersebut setidak-tidaknya mampu mengekang Badhri Radzi dan Brenda Gan untuk mempunyai gerakan di bahagian tengah Kelantan.

Meskipun Hairuddin Omar dan Ahmad Fauzi Saari bertembung yang kemudiannya mendatang kecederaan yang agak serius kepada mereka, namun mereka berdua komited untuk meneruskan permainan demia mencari sesuatu yang positif sebagai kelangsungan untuk terus bersaing memburu slot ke peringkat seterusnya.

ATM juga dilihat semakin banyak menyerang selepas Fabrice Noel dimasukkan menggantikan Bruno dan lebih banyak gerakan untuk memecahkan benteng Kelantan terhasil dengan kemasukkan tenaga baru ke dalam permainan.

Juan Manuel Arostegui berjaya membuka peluang pada minit ke 77 apabila berjaya melepasi perangkap offside Kelantan untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kemudian permaianan semakin rancak apabila ATM semakin bernafsu dengan mula menguasi bahagian atas tetapi deretan peluang yang dipersia bahkan hantaran yang tidak kemas sedikit mengecewakan untuk berpeluang menjaringkan gol.

Berpunca satu sepakan percuma Irwan Fadzli dipenjuru kanan penalti Kelantan, sepakan yang diduga terus ke gawang sebaliknya Irwan Fadzli bijak untuk menjadikan ia satu hantaran yang mencari Hairuddin Omar untuk menanduk masuk gol pendahuluan yang dicari pada minit ke 86.

Kemudian Kelantan mamasukkan Shawky untuk kembali mengatur serangan dan aksi mendebarkan tambahan masa 6 minit berjaya diharungi untuk Tentera mencatatkan kemenangan pertama dalam Piala Malaysia sekaligus memastikan tidak tersingkir awal dan masih berpeluang ke peringkat seterusnya.

Terima Kasih Gladiators

ATM XI:
Syed Adney ( penjaga gol )
Riduwan Maon
Park Yong Ho
Hairuddin Omar ( Kapten )
Norfadzly Alias ( Safwan Hashim )
Irwan Fadzli Idrus
Thinagaran ( Venice Elphi Danny Kaya )
Rezal Zambry Yahya
Ahmad Fauzi Saari
Bruno Sebastian Martelotto ( Fabrice Noel )
Juan Manuel Arostegui

 

Norfadzly Alias vs Fokey Doe ( credit pix ASIANA )

Norfadzly Alias vs Fokey Doe ( credit pix ASIANA )

 

pandangan peribadi : meskipun menang, sejujurnya aksi semalam bukan aksi yang baik. Kita tidak dapat melakukan gerakan menyerang yang baik dan tersusun. Mungkin nasib menyebelahi kita semalam. Apapun pasukan kena buat homework untuk memikirkan corak permainan menentang Johor Darul Takzim jumaat ini.

Kedudukan ATM

Kedudukan ATM selepas tamat pusingan pertama peringkat Kumpulan

Kumpulan C

P3

 Keputusan Perlawanan ATM Pusingan Pertama

P1

Jadual Perlawanan ATM Pusingan Kedua 

P2

 

semoga pasukan ATM dapat mara ke pusingan kedua…amin

 

 

Misi Hidup Mati, Perlawanan Pertama Pusingan Kedua Jadi Ukuran.

helang rimba 111

 

Malam ini berlangsung perlawanan pertama pusingan kedua peringkat Kumpulan C Piala Malaysia 2014 yang mana skuad Tentera akan berkunjung ke Kota Bharu untuk bertemu Kelantan, pasukan yang menewaskan Tentera 0-3 pada sabtu di Shah Alam.

Tiada pilihan lain, pasukan Tentera mesti menang untuk kembali membuka ruang untuk layak ke suku akhir.

Jika dilihat pada kedudukan kumpulan sekarang sekiranya seri laluan sukar akan ditempuh dan sekiranya tewas, tiada apa mampu digambarkan selain kecewanya pasukan Tentera dalam kempen tahun ini.

Pastinya skuad Gladiators akan turun ke Kota Bharu dalam keadaan serba kekurangan. Badrul Hisham yang patah kaki pastinya akan berehat panjang manakala Riduwan Maon juga status kecergasan beliau masih belum diketahui.

Kita tidak perlu bimbang kerana pastinya ada pilihan pemain pelapis. Safwan & Azrul pastinya boleh menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan tersebut dan semestinya mereka sudah bersedia memikul tanggungjawap tersebut.

Apa yang perlu dititik beratkan adalah ketajaman serangan kerana jika dilihat 3 perlawanan terdahulu. Tentera memiliki banyak gerakan yang berpeluang untuk mencipta gol. Akan tetapi tiada penyudah yang tajam, tepat dan berbisa menjadi punca kita gagal menjelmakan gol dalam aksi-aksi terdahulu.

Thinagaran andai malam ini diberi peluang sekali lagi, kami berharap akan garang dan mempunyai naluri “pembunuh” untuk tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki untuk membuktikan bahawa kita semua bersatu padu untuk menjadi pasukan gemilang.

Jangkaan saya kesebelasn utama malam ini :
Syed Adney ( PG )
Azrul Ahmad/Safwan Hashim ( Pertahanan )
Park Yong Ho ( Pertahanan )
Hairuddin Omar ( Pertahanan )
Norfadzli Alias ( Pertahanan )
Irwan Fazly Idrus ( Pertahanan )
Thinagaran ( Tengah )
Fauzi Saari ( Tengah )
Rezal Zambry Yahya ( Tengah )
Fabrice Noel ( Penyerang )
Juan Manuel Arostegui ( Penyerang )

*Bruno Sebastian mungkin boleh digunakan sebagai subs
* Venice Elphi
* Mohd Akmal

 

 

Duka di Shah Alam

ATM FA

Kekalahan pertama dalam saingan Piala Malaysia 2014 kepada seteru yang boleh dikatakan “ketat” kerana sentiasa akan menjadi penghalang ATM dalam saingan Piala Malaysia.

ATM yang beraksi tanpa kelibat Riduwan Maon yang cedera dalam pertembungan dengan Johor Darul Takzim pada selasa tampak masih boleh mengimbangi lawan pada separuh masa pertama. Bahkan berpeluang menjaringkan gol pada tengah saingan apabila Thinagaran mempunyai peluang 1 lawan 1 dengan Khairul Fahmi sebelum percubaannya dapat ditepis sedikit untuk menggagalkan ATM memiliki gol awal.

Bagaimanapun serangan demi serangan Kelantan yang menggerunkan dan merbahaya masih boleh diselamatkan pertahanan dan penjaga gol ATM

Bermula babak kedua, Kelantan mula mengasak dengan lebih kerap dan hasilya berjaya memproleh gol pertama selepas Syed Adney melakukan “school boy error” apabila bola sepakan penjuru tidak berjaya ditangkap dengan kemas memudahkan Fokey Doe untuk menyumbat gol mudah.

Serangan demi serangan yang tumpul membuatkan Sathia mengambil perjudian menukarkan Park Yong Ho dan memasukkan Juan Manuel Arostegui untuk meningkatkan kualiti serangan.

Satu perjudian yang merugikan, tidak sampai seminit, perjudian membawa padah. Barisan pertahanan belum dapat bertenang, bahagian tengah yang kosong dan lopong membolehkan Badri Radzi menjaringkan gol menewaskan Syed Adney.

Percaturan baru disusun.
i. Hai O dibawa naik ke bahagian serangan( Backup Stricker ).
ii. Azrul diturunkan ke pertahanan kanan.
iii. Badrul Hisham bermain di kiri.
iv. Norfazly & Irwan Fadzli berganding di tengah
v.  Bruno kembali di Attacking Mid
vi. Arostegui & Fabrice Noel di bahagian serangan.

Serangan menjadi kemas, banyak serangan lebih tersusun tetapi masih gagal untuk mendapatkan gol dicari.

Kelantan pula memiliki satu serangan balas dari Badri Radzi dengan sepakan jauh, menewaskan Syed Adney untuk menambah duka Tentera, tewas 0-3 di “gelanggang sendiri”

Agak menduka citakan ATM semakin dihimpit masalah kecederaan. Badrul Hisham akan berehat panjang setelah pata kaki akibat bertembung dengan Fakri Saarani.

Perumpamaan sendiri yang boleh dicatat :
Pemain Utama Sudah Cedera, Pemain Gantian Pun Turut Sama Cedera

ATM XI :

Syed Adney
Badrul Hisham
Park Yong Ho ( Juan Manuel Arostegui )
Hairuddin Omar
Norfazly Alias
Irwan Fadzli Idrus
Bruno Sebastian Martelotto
Rezal Zambry Yahya ( Azrul Ahmad )
Ahmad Fauzi Saari
Thinagaran ( Mohd Akmal )
Fabrice Noel

 

sejujurnya pada perlawanan ini, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan  kecewa saya

Ditunda : ATM lawan KELANTAN

aksi ketiga peringkat kumpulan Piala Malaysia ( dijadualkan hari ini )ditunda berikutan Hari Berkabung sempena ketibaan jenazah mangsa pesawat MH17

ALFATIHAH

 

 

Al-Fatihah

Satu Mata Berharga

ATM berjaya untuk mencuri satu mata dari Larkin untuk sekurang-kurangnya tidak keciciran mata yang jauh dengan dua pasukan pendahulu kumpulan C

Pada aksi perlawanan. ATM yang turun dengan perubahan pada pertahanan kanan bermula dengan baik mempamerkan aksi menyerang membuktikan Sathianathan masih mempamerkan aksi corak permainan terbuka dan menarik biarpun beraksi di gelanggang lawan.

Johor Darul Takzim membuktikan betapa mereka pasukan berkelas bintang dengan pertahanan mereka mempamerkan aksi yang kemas untuk menghalang serangan-serangan ATM

Bermula minit ke 20, barulah Johor Darul Takzim mempamerkan aksi menyerang dan serangan bertali arus dilancarkan namun diselamatkan oleh Syed Adney dan juga aksi berdisiplin oleh barisan pertahanan untuk memastikan gawang ATM selamat dari dibocori.

Cuma ada satu sahaja gol dari Johor Darul Takzim tetapi kedudukan Norshahrul yang berada diposisi Offside menyebabkan gol tersebut tidak dikira oleh pegawai pertandingan.

Bermula babak kedua, Johor Darul Takzim memperhebatkan serangan mereka dan ternyata barisan benteng bekerja dengan agak keras terutama di bahagaian tengah yang diterajui tiga serangkai, Park Yong Ho – Hairuddin – Norfazly memastikan setiap gerakan-gerakan lawan boleh dipatahkan.

Pertukaran Fabrice Noel – Juan Manuel Arostegui ada memberi impak dengan beberapa gerakan menarik tetapi pertahanan Johor DT kemas mengekang asakan-asakan ATM untuk memberikan keputusan seri 0-0 kepada kedua-dua pasukan.

ATM kini ditangga ketiga.

Kurang 2 mata daripada Johor Darul Takzim

Kurang 1 mata daripada Kelantan

Lebih 1 mata kepada pasukan Pulau Pinang

masih berpotensi untuk layak ke Suku Akhir. Tetapi perlu bekerja keras pada perlawanan-perlawanan seterusnya

 

Bruno

kredit gambar : ASIANA

ATM XI :

PG :

Syed Adney

Pertahanan :

Safwan Hashim (Badrul Hisham)

Park Yong Ho

Hairuddin Omar

Norfadzly Alias

Riduwan Maon (Irwan Fadzli Idrus)

Tengah :

Rezal Zambry Yahya 

S.Thinagaran

Bruno Sebastian Martelotto

Ahmad Fauzi Saari

Penyerang :

Fabrice Noel ( Juan Manuel Arostegui )

“Orang Pelik”

20140813_224755

 

Istilah bagi segelintir golongan yang berkelakuan pelik yang ada di stadium sepanjang 90 minit menyaksikan perlawanan bola sepak

 

antara ciri-ciri orang pelik

* duduk seorang diri, kawasan terpencil, tersorok kalau gelap lagi bagus

* Earphone di telinga

* Kerap bercakap di phone ( via Handsfree )

* Bawak Gadget

* Bawak Laptop ( ni tahap oldskol )

 

 

persoalannya siapakah mereka

1 – Pengulas tambahan bola sepak

2 – Peminat bola sepak yang update perlawanan ke luar negara?

3 – Budak Prektikal Astro Arena @ RTM

4 – Orang Gila

 

kesimpulan :

yang memahami mampu tersenyum