Skip to content

Pekanbaru Riau Indonesia

March 26, 2015

26 Feb 2015 – Khamis

Sultan Syarif Kasim II International Airport

Sultan Syarif Kasim II International Airport

Pekanbaru, Riau, Sumatera, Indonesia. Orang tempatan memanggil Tanah Melayu Lanchang Kuning. Tempahan yang dilakukan setelah genap setahun akhirnya terlaksana dan turut tercatat dalam diari sejarah sebagai kawasan pertama di Indonesia yang dijejaki.

Secara ringkasnya percutian atau perjalanan kami berdua bermula 26 Feb hingga 2 Mac 2015. Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin. Tetapi sepanjang perjalanan ini, tidaklah kami tertumpu di Pekanbaru semata-mata selama 12345 hari itu, tetapi perjalanan kami sebenarnya adalah Pekanbaru-Bukittinggi-Pekanbaru yang mana akan diceritakan satu persatu perjalanan kami yang acah-acah sehabis bajet dan berjimat untuk merasa berjalan di luar negara mengikut kemampuan poket sendiri.

Tempahan

tarikh perjalanan, penumpang perjalanan dan harga penerbangan

tarikh perjalanan, penumpang perjalanan dan harga penerbangan

Tempahan Air Asia ini sebenarnya sudah dibuat genap setahun daripada tarikh perjalanan. Yang ketika itu Air Asia sedang membuat promosi tambang percuma  dan setelah diselidik semua harga ke beberapa lokasi yang telah dirancang, kami sepakat untuk memilih Pekanbaru sebagai lokasi untuk diuji coba.

Masa sebenar penerbangan ke Pekanbaru mengalami sedikit kelewatan dengan jam 5:30 petang (waktu Malaysia) pesawat benar-benar berlepas dan tiba di Bandara Syarif Kasim dalam jam 5:30 petang (waktu Indonesia). Sebenarnya 5:30 petang tu waktu ketika selesai urusan Imigresen.

Masalah?

Bukan masalah pun sebenarnya, tetapi lebih kepada SOP keselamatan pihak Kastam Republik Indonesia. Kami ada membawa barang yang agak mencurigakan yang mana ketika melalui mesin pengimbas. Akibatnya kami telah diarahkan untuk ke zon pemeriksaan lanjutan Kastam untuk diperiksa dengan lebih teliti (atau dalam bahasa mudah, beg diselongkar secara total untuk mencari barang yang disyaki). Tetapi setelah diperiksa, disoal siasat, diberi penerangan penggunaan malah sempat pula kami bertanya arah ke bandar, pihak Kastam RI berpuas hati dan menyambut kedatangan kami dengan mesra ke bandar Melayu Riau ini.

apakah yang di selongkar dan dicari sepenuhnya bahan bukti itu?

ni dia

brahims

Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Tune Hotel Pekanbaru yang telah ditempah melalui bookingdotcom. Seperti nasihat bapak Kastam yang selongkar beg tadi, boleh naik teksi yang ada diterminal tetapi harga tidak lebih IDR50ribu. Kena pandai tawar menawar.

Betul, diluar bandara kelihatan 3-4 orang ulat/pemandu teksi, tetapi entah macam mana tergerak hati untuk menerima sapaan seorang ulat yang perwatakan seakan seorang tabligh. Terus harga ditawarkan adalah IDR50ribu. Lalu kami diserahkan ke pemandu teksi dan dipersetujui harga tersebut.

Sebenarnya di bandara ada 2 jenis teksi tak silap. Yang kami naik ini adalah dari KOPSI ( warna kuning ). Ada satu lagi lupa warna. Dan juga ada satu lagi adalah Blue Bird, tetapi Blue Bird tidak mengambil penumpang di dalam kompleks bandara.

Perjalanan ke Tune Hotel di pusat bandar agak sedikit tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat pertembungan dengan warga Pekanbaru yang pulang dari kerja. Aksi celah mencelah di jalanraya, saling membunyikan hon antara aksi pemandu yang dapat dilihat di Pekanbaru. Berbeza cara pemanduan antara mereka dan kita. Jadi bolehkah kita terima dan memasukkan diri kita dalam kaedah pemanduan mereka?

Pemandu teksi ini sebenarnya tak berapa tahu pun dimana Tune Hotel Pekanbaru. Dan dalam perjalanan sebenarnya aku dah terperasan Tune Hotel sebelum Mall Pekanbaru. Jadi sebenarnya pemandu teksi tersebut berhenti di sebuah hotel berhampiran mall Pekanbaru, kemudian menyangka sudah sampai ke destinasi.

Aku membetulkan semula beliau dengan mengatakan destinasi sebenar kepada beliau yang sudah mula menggaru-garu kepala. Kemudian nekad untuk buat-buat pandai, guide dia ke Tune Hotel pakai jalan belakang. Kemudian berjaya sampai ke Tune Hotel, berdasarkan tunjuk jalan aku yang konon-konon buat-buat tahu jalan kawasan tersebut.

Selesai urusan check in. Naik ke bilik, tepat jam 6:30 petang serentak dengan berkumandang azan maghrib bertebaran dari masjid-masjid di sekitar.

Harga Hotel ( tempahan dari bookingdotcom ) : IDR273,000 tidak termasuk sarapan.

Tambahan Sarapan : IDR73ribu.

tiada gambar Tune Hotel. hanya gambar T-Shirt yang dijual di lobi hotel menarik perhatian.

Pekanbaru terletak dalam wilayah/provinsi Riau. Baca sejarah, Riau sebahagian daripada jajahan Melaka dulu kemudian era Johor-Riau. Maka tidak hairan mereka juga menyanjung Hang Tuah. Bahkan bumi ini digelar Tanah Melayu Lanchang Kuning. tahukan Lanchang Kuning tu apa? bukan sekadar lagu tau.

Pekanbaru terletak dalam wilayah/provinsi Riau. Baca sejarah, Riau sebahagian daripada jajahan Melaka dulu kemudian era Johor-Riau. Maka tidak hairan mereka juga menyanjung Hang Tuah. Bahkan bumi ini digelar Tanah Melayu Lanchang Kuning. tahukan Lanchang Kuning tu apa? bukan sekadar lagu tau.

Berhenti seketika cerita pertama episod Pekanbaru. Kami berehat seketika dalam bilik solat mabhrib sebelum mula menjelajah bumi Pekanbaru yang baru dijejakkan kaki.

Sebagai penamat cerita pertama. 2 gambar menarik ( bagi kami ) dipaparkan kepada umum sebagai kenangan pertama kali menjejakkan kaki di KLIA2

Beg

KLIA2

#pmkNfhontour

Advertisements

From → #pmkNfhontour

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: