Skip to content

Kemenangan Pertama

August 27, 2014

Tentera akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah berjaya menang tipis ke atas Kelantan di Kota Bharu pada selasa.

Beraksi dalam keadaan hujan, padang yang licin dan pemain yang terbatas, ATM sudah mula mengasak seawal permainan dengan cubaan-cubaan untuk menjaringkan gol diusahakan.

Sungguhpun begitu, kebanyakkan gerakan-gerakan ATM tidak berjaya melepasi kawalan pertahanan Kelantan dengan kelibat bola hanya berlegar di tengah padang meskipun penguasaan bola berpihak kepada ATM.

Aksi yang perlahan dan sedikit hambar merencatkan permainan ATM. Pada pertengahan babak pertama bermula penguasaan kelantan dengan mula melancarkan serangan ke gawang ATM tatkala ATM masih lagi cuba mengatasi pertahanan kelantan yang dilihat sukar untuk melakukan kesilapan.

Seringkali kita lihat bagaimana bahagian tengah ATM seakan-akan mati, tiada hantaran bola yang baik kepada penyerang bahkan corak permainan ATM juga mudah dibaca dan boleh dipatahkan lawan.

Berpunca dari sedikit cuai di bahagian tengah, bola berjaya dilorongkan kepada Forkey Doe untuk membolehkan kelantan mendahului 1-0 menuju rehat.

Bersambung babak kedua, Thinagaran dikeluarkan dan Venice dibawa masuk untuk memberi nafas baru di bahagian tengah. Meskipun kelibat Rezal Zambry sedikit tenggelam namun Sathia tetap memerlukan khidmat seorang defensive midfielder untuk “holding” bola tatkala diserang mahupun menyerang.

Sathia juga tidak lagi berani untuk mencuba memecahkan pertahanan kepada 4 seperti yang dilakukan pada pertemuan di Shah Alam yang nyata merupakan satu malapetaka kepada ATM.

Ternyata gandingan 5 orang di pertahanan berjaya mengekang pergerakan Kelantan sekurang-kurangnya meskipun kemudian Norfadzly Alias dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan Safwan Hashim, tetapi gandingan 5 orang tersebut setidak-tidaknya mampu mengekang Badhri Radzi dan Brenda Gan untuk mempunyai gerakan di bahagian tengah Kelantan.

Meskipun Hairuddin Omar dan Ahmad Fauzi Saari bertembung yang kemudiannya mendatang kecederaan yang agak serius kepada mereka, namun mereka berdua komited untuk meneruskan permainan demia mencari sesuatu yang positif sebagai kelangsungan untuk terus bersaing memburu slot ke peringkat seterusnya.

ATM juga dilihat semakin banyak menyerang selepas Fabrice Noel dimasukkan menggantikan Bruno dan lebih banyak gerakan untuk memecahkan benteng Kelantan terhasil dengan kemasukkan tenaga baru ke dalam permainan.

Juan Manuel Arostegui berjaya membuka peluang pada minit ke 77 apabila berjaya melepasi perangkap offside Kelantan untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kemudian permaianan semakin rancak apabila ATM semakin bernafsu dengan mula menguasi bahagian atas tetapi deretan peluang yang dipersia bahkan hantaran yang tidak kemas sedikit mengecewakan untuk berpeluang menjaringkan gol.

Berpunca satu sepakan percuma Irwan Fadzli dipenjuru kanan penalti Kelantan, sepakan yang diduga terus ke gawang sebaliknya Irwan Fadzli bijak untuk menjadikan ia satu hantaran yang mencari Hairuddin Omar untuk menanduk masuk gol pendahuluan yang dicari pada minit ke 86.

Kemudian Kelantan mamasukkan Shawky untuk kembali mengatur serangan dan aksi mendebarkan tambahan masa 6 minit berjaya diharungi untuk Tentera mencatatkan kemenangan pertama dalam Piala Malaysia sekaligus memastikan tidak tersingkir awal dan masih berpeluang ke peringkat seterusnya.

Terima Kasih Gladiators

ATM XI:
Syed Adney ( penjaga gol )
Riduwan Maon
Park Yong Ho
Hairuddin Omar ( Kapten )
Norfadzly Alias ( Safwan Hashim )
Irwan Fadzli Idrus
Thinagaran ( Venice Elphi Danny Kaya )
Rezal Zambry Yahya
Ahmad Fauzi Saari
Bruno Sebastian Martelotto ( Fabrice Noel )
Juan Manuel Arostegui

 

Norfadzly Alias vs Fokey Doe ( credit pix ASIANA )

Norfadzly Alias vs Fokey Doe ( credit pix ASIANA )

 

pandangan peribadi : meskipun menang, sejujurnya aksi semalam bukan aksi yang baik. Kita tidak dapat melakukan gerakan menyerang yang baik dan tersusun. Mungkin nasib menyebelahi kita semalam. Apapun pasukan kena buat homework untuk memikirkan corak permainan menentang Johor Darul Takzim jumaat ini.

Advertisements
Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: