Skip to content

13 Ogos 2014 : ATM 1-1 Pulau Pinang

August 14, 2014

Gagal mendapat 3 mata.

ATM gagal memanfaat deretan peluang yang dimiliki apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan pasukan pelawat pada pembukaan Piala Malaysia Kumpulan C yang berlangsung di Selayang malam tadi.

Percubaan demi percubaan yang dilakukan gagal menembusi gawang pasukan Panthers, sama ada dinafikan oleh G. Jeevanathan ataupun percubaan tersasar yang dilakukan.

Tidak dinafikan ATM bermula garang apabila secara terus-terusan mengasak kubu pasukan Pulau Pinang. Dengan aksi yang sedemikian terasa sedikit kecewa di hati penyokong yang tentunya berharap kemenangan sekurang-kurangnya untuk memberi suntikan semangat untuk aksi seterusnya.

Mengenai formasi, ATM melakukan sedikit rombakan kecil apabila Azrul Ahmad diletakkan pada posisi Bek Kanan. Ternyata Azrul tidak kekok untuk beraksi diposisi tersebut bahkan menampakkan sedikit kerancakkan menyerang apabila beliau mampu untuk naik membantu serangan dan turun untuk bertahan apabila diserang.

Gol Tentera adalah hasil sepakan Hairuddin Omar berpunca daripada kekalutan di gawang lawan sekaligus memberikan kegembiraan seketika kepada penyokong Gladiators.

Sedikit kesilapan ketika menyerang, menyebabkan aksi benteng pertahanan bocor untuk Pulau Pinang menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama untuk mengikat kedudukan seri menuju rehat.

Bersambung babak kedua, Pulau Pinang yang dibimbing rakan sepasukan Sathia di Negeri Sembilan, K.Devan mula mengubah corak permainan dengan aksi yang lebih garang. Walaubagaimanapun, Tentera masih mendominasi permainan dengan begitu banyak serangan dan peluang namun masih buntu menemui jaringan.

Percubaan paling cantik adalah lorongan Venice Elphi kepada Juan Manuel Arostegui yang tidak dikawal tetapi kawalan bola yang kurang kemas daripada Arostegui menyebabkan peluang terhidang hilang begitu sahaja.

Percubaan Pulau Pinang yang paling merbahaya adalah melalui cubaan yang mengegar palang yang hampir membuatkan Tentera berputih mata di gelanggang sendiri.

Keputusan seri 1-1 ini meskipun tidak memuaskan tetapi membolehkan Tentera di tangga kedua kumpulan berkogsi mata dengan Pulau Pinang, lebih 1 mata mengatasi Kelantan, kurang 2 mata dari Johor Darul Takzim

ATM XI :

PG :

Syed Adney

Pertahanan :

Azrul Ahmad ( Irwan Fadzli Idrus )

Park Yong Ho

Hairuddin Omar

Norfadzly Alias

Riduwan Maon

Tengah :

Rezal Zambry Yahya 

S.Thinagaran

Bruno Sebastian Martelotto

Ahmad Fauzi Saari  ( Venice Elphi )

Penyerang :

Fabrice Noel ( Juan Manuel Arostegui )

 

atmpenang

Advertisements
Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: