Skip to content

Malaysia – kemenangan dalam kesugulan!

July 2, 2011

Esok 3 Julai 2011 – Perlawanan timbal balik skuad senior Malaysia – Harimau Malaya menentang skuad China Taipei ( Taiwan ) di ibu negara mereka, Taipei.

Dalam perlawanan pertama Skuad Negara hanya mampu menang tipis 2-1, satu kemenangan yang disambut keluhan segelintir peminat bola sepak tempatan. Rata-rata penonton yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari percaya skuad kendalian Dato’ K.Rajagopal mampu buat lebih baik daripada apa yang mereka persembahkan.

Dengan barisan awal yang diturunkan yang dilihat seperti ampuh dengan adanya Safee Sali yang pulang dari Kerawang, ditambah pula dengan sokongan lebih kurang 45,000 penyokong yang membanjiri stadium, dilihat seolah-olah kemenangan besar mampu dicapai oleh skuad Harimau Malaya.

Bermula dari sepak mula, skuad negara mengatur langkah awal dengan mengatur serangan, tetapi skuad China Taipei yang dikhabarkan hanya dibarisi pelajar universiti dan kolej tidak mudah untuk di’ayam’kan. Mampu menahan asakan, bahkan mampu juga untuk menguji gawang Malaysia yang sesekali membuatkan penyokong berdebar.

Helmi Ramli yang bermain baik bersama Terengganu pada Final Piala FA bahkan juga bermain agak baik pada pertemuan menentang Myanmar di KB sudah mula kelihatan gugup di atas padang. Hantaran kepada rakan tidak sampai, tidak mampu merampas bola daripada lawan menyebabkan sesekali gawang Sharbenee diancam bahaya berpunca daripada gerakan-gerakan daripada sebelah kanan gawang Malaysia.

Situasi ini menyebabkan tindakan pantas daripada Dato’ RG dengan mengeluarkan Helmi Ramli yang merupakan seorang pemain pertahanan yang kemudiannya digantikan oleh Abdul Hadi Yahya yang merupakan seorang penyerang. Tetapi kemasukan Hadi bukanlah menggantikan posisi Helmi tetapi sebaliknya beberapa pertukaran posisi yang melibatkan Amirul & Badrol Bakhtiar

Formasi Awal Malaysia

——————-Sharbini———————
— Helmi —– Aidil —– Fadhli —– Asrar —
— Amirul — Amar — Safiq (K) — Kunalan  —
——————————– Badrol ——–
———— Safee —————————–

Formasi Malaysia Selepas 20 minit

——————-Sharbini———————
— Amirul —– Aidil —– Fadhli —- Asrar —
— Badrol — Amar — Safiq (K) — Kunalan  —
———— Safee ——— Hadi ————–

Ternyata strategi memasukkan Hadi kelihatan berhasil apabila satu gerakan daripada Hadi yang disambung oleh Kunalan sebelum Kunalan menghantar bola kepada Safiq Rahim yang lantas menyepak terus ke arah gawang China Taipei berhasil. Malaysia meraikan jaringan bersama sorakan dan kegembiraan 45,000 penonton yang rasanya mungkin 100% penyokong Malaysia.

Separuh Masa Malaysia membawa bekalan selesa 1-0 yang mampu menggembirakan penyokong-penyokong Malaysia.

Bersambung babak kedua – Safee Sali dikeluarkan dan digantikan Fakri Saarani. Fizikal yang baik, tegap & tinggi tapi ramai yang tak berapa suka akan beliau. Antara alasan yang tak meminati beliau, dalam liga pun tak score tapi terpilih untuk Malaysia. Rasanya ada sebab dan alasan kenapa Dato’ RG memilih pemain-pemain, mungkin kena dengan taktik yang beliau guna pakai. Sama dengan Asrarudin Putra. Hanya pemain simpanan dalam Selangor, banyak buat silap masa perlawanan pertama AFF dengan Indonesia tetapi tetap diberi kepercayaan dan akhirnya, berjaya buktikan kenapa beliau berada dalam skuad Malaysia.

– BERSAMBUNG bersiap untuk maghrib..hehe –

Advertisements

From → Uncategorized

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: