Skip to content

Katakan Tidak Kepada LAZER!!!!!!!

June 28, 2011

Esok 29 Jun 2011 – tibalah giliran skuad senior kebangsaan beraksi pada kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil pusingan pertama. Skuad bimbingan Dato’ K.Rajagopal yang merupaka pasukan terkuat Asia Tenggara ketika ini ( Juara AFF 2010 & Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2009 ) akan menghadapai cabaran Chinese Taipei ( Taiwan ) pada peringkat pertama ini.

Bendera Malaysia

Skuad Malaysia

Bendera Chinese Taipei

 

Senarai 23 Pemain Malaysia –

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee Ramli, Nasril Nourdin

Pertahanan: Aidil Zafuan Radzak, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Farisham Ismail, Mahali Jasuli, Helmi Remeli, Asraruddin Putra Omar,

Tengah: Safiq Rahim, Amar Rohidan, Shakir Shaari, K. Gurusamy, Amirulhadi Zainal, S. Chanturu, S. Kunanlan, Ashari Samsuddin,

Penyerang: Safee Sali, Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Hadi Yahaya, Norshahrul Idlan Talaha

 

Barisan Pilihan JK

———————-Apek———————–

–Mahali—Muslim—Fadhli Shas—Asrar–

—Amirul—-Safiq—-Guru—-Kuna—–

————Safee———–Mat Yo——–

tapi macam-macam boleh berlaku masa perlawanan.

Badrol pon nampak perform masa perlawanan dengan Myanmar haritu. Begitu juga dengan Helmi Ramli. Dengan berita Mat Yo baru pulih dan Apek mengalami kecederaan bahu, rasanya barisan yang diturunkan sama seperti menentang Myanmar di KB tempoh hari. Jadi macam-macam formasi boleh dicuba pakai ketika perlawanan dan biasanya macam berubah-ubah. Amirul yang pemain sayap akan ditolak jadi penyerang, Safiq juga berpotensi naik ke atas sebagai penggempur, ada masa boleh jadi taktikal 3-5-2 dengan Asrar ditolak membantu tengah ke. Itulah keunikan bola sepak yang sungguh menarik jika diamati..hehe

Skuad Taiwan tidak pasti barisan pemain yang ada tetapi dikhabarkan terdapat pemain Naturalisasi – Xavier Chen ( Taiwan + Perancis ) yang bermain diposisi Bek Kiri dan merupakan kapten bagi skuad Belgium U-19 sebelum menjadi warganegara Taiwan kini. Jika Xavier seorang defender, maka pastinya beliaulah yang akan mengawal pergerakkan Safee Sali, Mat Yo, Amirul mahupun Kunalan nanti…
Indonesia kita pernah tewaskan jadi rasanya tak jadi masalah bagi Skuad Harimau Malaya untuk kali ini.

Jadi marilah beramai-ramai kita menyokong pasukan kebangsaan kita. Tak kisah sama ada anda penyokong, penonton, lalang,penyokong kuaci, anda adalah penyokong Malaysia. Pasukan Malaysia memerlukan sokongan anda semua sebagai pembakar semangat mereka. Semoga kejayaan Skuad Olimpik Malaysia ke peringkat kumpulan menjadi pembakar semangat kepada Skuad Senior Malaysia ini tambahan ada beberapa pemain skuad olimpik yang turut tersenarai di dalam skuad senior

Tiket akan mula dijual di Pintu Kuning Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 3:00 petang esok ( 29 Jun 2011 ). Harga tiket RM30 (Grandstand) RM 20 ( Terbuka ) RM 5 ( Kanak – Kanak bawah 12 tahun )

Air Mineral jangan sesekali dibawa masuk kedalam stadium dan segala makanan dan minuman ada dijual didalam stadium.

Satu sahaja pesanan untuk semua penyokong. Jadilah Penyokong Bolasepak, bukan pemain Lazer yang menyusahkan orang lain. Jangan kerana lazer, Taiwan diberi kemenangan percuma esok. Biarlah dunia mengenal malaysia kerana kehebatannya, bukan kerana lazer!!!

kaki dalam bendang,

jangan bawa lazer datang

semarak paluan gendang,

semoga kejayaan dibawa pulang…

Sekali Lagi : Katakan Tidak Kepada LAZER!!!!!!!

 

nota : gambar-gambar yang diambil ada diambil daripada carian Google Image – Credit untuk tuan asal gambar yang terlibat

Advertisements

From → Uncategorized

Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: