Skip to content

Masjid Agung An Nur – malam

Masjid An Nur1

Selesai sesi tapau makanan seperti entri sebelum ini, kami bercadang untuk bersantai di kawasan Kompleks Masjid Agung An Nur. Melalui pembacaan, kompleks masjid ini antara tempat riadah warga tempatan. Jadi kami pun sepakat untuk ke masjid tersebut.

Pada mulanya kami bertanya pada staff Tune Hotel tentang jarak ke masjid daripada hotel. Apa jawapannya? “wahhh..jauh itu mas. ambil teksi lah”. Kemudian kami kata tak apa, sekadar mahu berjalan kaki sambil lihat-lihat kawasan orang. Kami minta dia bagi petunjuk jalan. Dijawapnya “sukar mas, banyak belok-beloknya”. Akhirnya kami pun sepakat untuk berjalan-jalan di kawasan terdekat hotel.

Akibat rasa tak puas hati (sebab aku dah google maps sebelum ni, rasanya tak jauh). Aku capai phone FH (dah ada SIM Indonesia beserta package data kan..) buka google sekali lagi buka Google Maps. Setelah ditrace dan lihat jarak, tak sampai sepuluh minit rupanya kalau jalan kaki ( anggaran Google Maps ).

Jadi kami pun dengan selamber, mula berjalan kaki memulakan perjalanan

PETA inilah laluan sebenarnya dari Tune Hotel ke Masjid Agung. Tapi kami dah ter-advance, kami mulakan perjalanan kami dari Dyan Graha Hotel.

– dalam proses sambungan –

Advertisements

Pekanbaru – Malam Pertama

SOP BUAH

Aktiviti pertama dibumi Pekanbaru adalah sesi mencari simcard. Setelah mesyuarat sejak merancang aktiviti ini, keputusan telah dicapai dengan majoriti penuh 2/2 untuk membeli sahaja simcard telco di Indonesia kerana lebih murah berbanding kadar roaming jika menggunakan nombor Maxis/Celcom/Altel sedia ada. Kami memerlukan telefon untuk memudahkan komunikasi dengan pihak agen dna juga perlu jika ada sebarang kecemasan. Tetapi sebenar-benarnya, kami membeli simkad Telko Indonesia adalah untuk mengambil pakej data yang mana memudahkan kami untuk melayari internet dengan kadar murah berbanding roaming yang mana andai ada aktiviti, gambar yang menarik, boleh terus upload ke FB mahupun IG dan juga boleh membantu untuk komunikasi dengan Malaysia tidka terputus ( via WhatsApp ).

Tapi berhubung dengan kecemasan tadi tu, sebenarnya apabila kita sedang berjalan keluar negara. Adalah penting untuk kita mengambil sedia nombor telefon pihak kedutaan ataupun konsulat Malaysia yang paling hampir dan juga ambil nombor hotline Wisma Putra yang mana mudah untuk kita hubungi di saat memerlukan. Maklumkan juga saudara/kenalan terdekat anda nombor telefon “baru” anda supaya anda tidak terputus hubungan dengan tanah air ( sebenarnya eksen nak bagi tahu kita ada nombor negara luar ).

Simkad yang dibeli adalah SIMPATI dengan harga IDR66ribu dengan data internet 2GB sedia ada tak ingat berapa lama expired. Tetapi pakej simkad SIMPATI ini datang dengan anda boleh tambah pulsa (nilai tak ingat) untuk mendapat lagi 1GB kuota data tambahan percuma. Tapi kami tak tambah pun, memadai menggunakan 2GB itu sepanjang tempoh percutian untuk 2 telefon ( connect via wifi )

Ok masih tiada kaitan dengan gambar diatas.

Makan Malam

Ok aktiviti seterusnya adalah makan malam. Susah ke senang nak cari makan di Pekanbaru atau lebih khusus sekali di sekitar Tune Hotel/Mall Pekanbaru.

Sebenarnya banyak warung-warung makan (street food ) disepanjang jalan berdekatan kawasan yang dinyatakan. Anda boleh memilih sama ada untuk makan Nasi Campur ( selera minang ), ada Bakso, Satay Padang dan ada satu menu yang pernah viral kat negara kita, Kuih Pukis.

Tapi kami tak makan pun kuih tu, hanya berjalan memandang dan melihat-lihat sahaja.

Jadi apa menu malam pertama kami di sini ?

1. Volhano

Volhano ni saling tak ubah macam JCo Donuts yang ada di Malaysia. Tapi JCo pun ada juga sebenarnya di sini.

Volhano1

Volhano2

sama kan… tetapi tidak serupa.

Cuma gaya masuk di Volhano ni gayanya umpama masuk restoran 5 bintang. Nak masuk ada orang buka pintu dan sambut kita. Kemudian bila nak keluar juga ada orang buka pintu dan menyanjung kita. JCo kat Giant Kota Damansara tu, pintu pun takda macam mana nak buat macam tu.

2. Martabak Mesir

MartabakMesir1

Martabak Mesir, dimasak oleh Melayu Riau, bukan Pak Arab dari Mesir. Macam mana rupa dia ?

Macam ini ( maaf gambar diambil dengan camera cap Tottenham Hotspur )

MM3

Bahan-Bahannya

Campuran Daging. Telur ( gaya macam telur itik ). Roti Canai ( ditebar )

Kemudian dimasak di atas dapur istimewa

MartabakMesir2

Apa istimewa dapur tu? Nampak sama je kan? Sebenarnya dapur tersebut menggunakan arang. Tidak menggunakan Gas sama sekali. Tapi rasanya memang kebiasaan disini kedai-kedai makan menggunakan  arang sebagai bahan api.

Secara jujurnya Martabak Mesir ni agak masin sebenarnya. Jadi aku mengesyaki kemungkinan telur itik yang digunakan adalah jenis telur masin sebenarnya sebab aku tak nampak pun pak cik yang menebar tu ( baju putih ) letak garam ketika dia bancuh adunan Martabak tu.

masih tiada kaitan dengan Sop Buah kan?

#pmkNfhontour

Pekanbaru Riau Indonesia

26 Feb 2015 – Khamis

Sultan Syarif Kasim II International Airport

Sultan Syarif Kasim II International Airport

Pekanbaru, Riau, Sumatera, Indonesia. Orang tempatan memanggil Tanah Melayu Lanchang Kuning. Tempahan yang dilakukan setelah genap setahun akhirnya terlaksana dan turut tercatat dalam diari sejarah sebagai kawasan pertama di Indonesia yang dijejaki.

Secara ringkasnya percutian atau perjalanan kami berdua bermula 26 Feb hingga 2 Mac 2015. Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin. Tetapi sepanjang perjalanan ini, tidaklah kami tertumpu di Pekanbaru semata-mata selama 12345 hari itu, tetapi perjalanan kami sebenarnya adalah Pekanbaru-Bukittinggi-Pekanbaru yang mana akan diceritakan satu persatu perjalanan kami yang acah-acah sehabis bajet dan berjimat untuk merasa berjalan di luar negara mengikut kemampuan poket sendiri.

Tempahan

tarikh perjalanan, penumpang perjalanan dan harga penerbangan

tarikh perjalanan, penumpang perjalanan dan harga penerbangan

Tempahan Air Asia ini sebenarnya sudah dibuat genap setahun daripada tarikh perjalanan. Yang ketika itu Air Asia sedang membuat promosi tambang percuma  dan setelah diselidik semua harga ke beberapa lokasi yang telah dirancang, kami sepakat untuk memilih Pekanbaru sebagai lokasi untuk diuji coba.

Masa sebenar penerbangan ke Pekanbaru mengalami sedikit kelewatan dengan jam 5:30 petang (waktu Malaysia) pesawat benar-benar berlepas dan tiba di Bandara Syarif Kasim dalam jam 5:30 petang (waktu Indonesia). Sebenarnya 5:30 petang tu waktu ketika selesai urusan Imigresen.

Masalah?

Bukan masalah pun sebenarnya, tetapi lebih kepada SOP keselamatan pihak Kastam Republik Indonesia. Kami ada membawa barang yang agak mencurigakan yang mana ketika melalui mesin pengimbas. Akibatnya kami telah diarahkan untuk ke zon pemeriksaan lanjutan Kastam untuk diperiksa dengan lebih teliti (atau dalam bahasa mudah, beg diselongkar secara total untuk mencari barang yang disyaki). Tetapi setelah diperiksa, disoal siasat, diberi penerangan penggunaan malah sempat pula kami bertanya arah ke bandar, pihak Kastam RI berpuas hati dan menyambut kedatangan kami dengan mesra ke bandar Melayu Riau ini.

apakah yang di selongkar dan dicari sepenuhnya bahan bukti itu?

ni dia

brahims

Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Tune Hotel Pekanbaru yang telah ditempah melalui bookingdotcom. Seperti nasihat bapak Kastam yang selongkar beg tadi, boleh naik teksi yang ada diterminal tetapi harga tidak lebih IDR50ribu. Kena pandai tawar menawar.

Betul, diluar bandara kelihatan 3-4 orang ulat/pemandu teksi, tetapi entah macam mana tergerak hati untuk menerima sapaan seorang ulat yang perwatakan seakan seorang tabligh. Terus harga ditawarkan adalah IDR50ribu. Lalu kami diserahkan ke pemandu teksi dan dipersetujui harga tersebut.

Sebenarnya di bandara ada 2 jenis teksi tak silap. Yang kami naik ini adalah dari KOPSI ( warna kuning ). Ada satu lagi lupa warna. Dan juga ada satu lagi adalah Blue Bird, tetapi Blue Bird tidak mengambil penumpang di dalam kompleks bandara.

Perjalanan ke Tune Hotel di pusat bandar agak sedikit tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat pertembungan dengan warga Pekanbaru yang pulang dari kerja. Aksi celah mencelah di jalanraya, saling membunyikan hon antara aksi pemandu yang dapat dilihat di Pekanbaru. Berbeza cara pemanduan antara mereka dan kita. Jadi bolehkah kita terima dan memasukkan diri kita dalam kaedah pemanduan mereka?

Pemandu teksi ini sebenarnya tak berapa tahu pun dimana Tune Hotel Pekanbaru. Dan dalam perjalanan sebenarnya aku dah terperasan Tune Hotel sebelum Mall Pekanbaru. Jadi sebenarnya pemandu teksi tersebut berhenti di sebuah hotel berhampiran mall Pekanbaru, kemudian menyangka sudah sampai ke destinasi.

Aku membetulkan semula beliau dengan mengatakan destinasi sebenar kepada beliau yang sudah mula menggaru-garu kepala. Kemudian nekad untuk buat-buat pandai, guide dia ke Tune Hotel pakai jalan belakang. Kemudian berjaya sampai ke Tune Hotel, berdasarkan tunjuk jalan aku yang konon-konon buat-buat tahu jalan kawasan tersebut.

Selesai urusan check in. Naik ke bilik, tepat jam 6:30 petang serentak dengan berkumandang azan maghrib bertebaran dari masjid-masjid di sekitar.

Harga Hotel ( tempahan dari bookingdotcom ) : IDR273,000 tidak termasuk sarapan.

Tambahan Sarapan : IDR73ribu.

tiada gambar Tune Hotel. hanya gambar T-Shirt yang dijual di lobi hotel menarik perhatian.

Pekanbaru terletak dalam wilayah/provinsi Riau. Baca sejarah, Riau sebahagian daripada jajahan Melaka dulu kemudian era Johor-Riau. Maka tidak hairan mereka juga menyanjung Hang Tuah. Bahkan bumi ini digelar Tanah Melayu Lanchang Kuning. tahukan Lanchang Kuning tu apa? bukan sekadar lagu tau.

Pekanbaru terletak dalam wilayah/provinsi Riau. Baca sejarah, Riau sebahagian daripada jajahan Melaka dulu kemudian era Johor-Riau. Maka tidak hairan mereka juga menyanjung Hang Tuah. Bahkan bumi ini digelar Tanah Melayu Lanchang Kuning. tahukan Lanchang Kuning tu apa? bukan sekadar lagu tau.

Berhenti seketika cerita pertama episod Pekanbaru. Kami berehat seketika dalam bilik solat mabhrib sebelum mula menjelajah bumi Pekanbaru yang baru dijejakkan kaki.

Sebagai penamat cerita pertama. 2 gambar menarik ( bagi kami ) dipaparkan kepada umum sebagai kenangan pertama kali menjejakkan kaki di KLIA2

Beg

KLIA2

#pmkNfhontour

Piala Emas Raja – Raja 2014

Piala Agong

Perak lawan Perlis

Perak : Juara Piala Agong 2013

Perlis : Juara PERR 2013

Piala Emas Raja – Raja 2014

Peringkat Awal:
14, 15 dan 16 November 2014

Peringkat Suku Akhir:
22 dan 29 November 2014

Peringkat Separuh Akhir:
6 dan 13 Disember 2014

Perlawanan Akhir:
27 Disember 2014

Kumpulan, Jadual & Venue akan diupdate kemudian

Bukit Fraser – Bandar Di Banjaran Titiwangsa

Kunjungan pada 13 September 2014

Bertolak dari  Bukit Beruntung jam 6:45 pagi. Kemudian singgah untuk isi petrol di Kuala Kubu Baru. Sebelum meneruskan perjalanan melalui Jalan Gap – Bukit Fraser. Akhirnya tiba ke destinasi

Fraser Hill - Tower Clock

Fraser Hill – Tower Clock

Fraser's Hill - Tower Clock

Fraser’s Hill – Tower Clock

Garisan Apakah Ini?

Garisan Apakah Ini?

Darul Ehsan - Darul Makmur

Darul Ehsan – Darul Makmur

1919  Police Station

1919 Police Station

20140913_090746

Klinik Pesakit Luar ( bawah pejabat kesihatan Raub )

20140913_090632

seingat saya..2008 ini adalah sebuah “Food Court”

where is the sun?

where is the sun?

Flora

Flora

tujuan asal adalah untuk “berjogging” tapi akhirnya misi terbatal akibat hujan lebat.

ATM lawan JDT

pertemuan menentukan kelangsungan perjalanan Skuad Tentera dalam saingan Piala Malaysia 2014

semoga kemenangan berpihak kepada ATM

ATM vs Johor Darul Takzim
29 Ogos 2014
8:45 malam
Stadium Selayang

Live Astro Arena

Image

Harimau Malaya 2008

Skuad Harimau Malaya 2008

Skuad Harimau Malaya 2008

Inilah barisan pemain Harimau Malaya tahun 2008 yang ketika ini dibawah kendalian jurulatih B.Sathianathan.

Inilah pasukan yang menjadi naib johan Pesta Bola Merdeka 2008 sebelum beberapa muka baru dimasukkan untuk mengharungi saingan AFF 2008 di Thailand.

Boleh namakan semua pemain ?

dari kiri :
Syed Adney
Zaquan Adha
Khairil Muhymin
Khaironnisam Sahabudin
Hardi Jaafar
Hairuddin Omar
Amirulhadi Zainal
Helmi Eliza Elias
Ashaari Shamsuddin
Faderin Kadir
Nizaruddin Yusof
Indra Puta Mahayuddin
Badrulzaman Abdul Halim
Aidil Zafuan

betul tak?